Friday, 21 September 2012

Tanggal 17Mei 2012~

2012 ....

21 september.....october akan menjelma tidak lama lagi....
Disini saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai saya,
pada tahun ni ada dua perkara besar yang berlaku.
Perkara Buruk dan Perkara yang baik...

Sesungguhnye dah tertulis SETIAP YG HIDUP PASTI AKAN MATI..
Tanggal 17MEI 2012(Khamis) 
Pada 03 Februari 1970 
Lahir nye seorang bayi lelaki yang bernama SABARUDIN BIN HAMID,anak kepada MAZNAH iaitu Uwan kepada aku...he3 kiranya ini PAKCIK akulah..adik mak aku...Seorg Yang pendiam, tak banyak bercakap tapi seorang yang TEGAS, gaya dia ala2 BONZER gitus, sampai ada yang memanggil dia gergasi, namun kehidupannye tidak lama didunia ini, 
Dia telah pergi menghembuskan nafas terakhir dia HOSPITAL SELAYANG pada 17hb Mei 2012 Pada hari khamis malam jumaat, Pemergianya disebabkan PENYAKIT KANSER PANCREAS, diantara kanser yang jarang terdapat dimalaysia,penyakit yang mempunyai peluang yg sangat nipis untuk kekal hidup lama, pemergiannya amat memeranjatkan semua kaum keluarga...Terutama uwan, mak kepada arwah, anak kesayangan,tidak pernah berenggang dari lahir sampailah umornye 40tahun.sentiasa menemani ibunya.. kalo uwan pergi meninggalkan dia,mesti nak balik cepat,alasan arwah ada dirumah. nanti dia tak makan.kesiann, mcm la umur dia 10taun...tapi itulah sifat uwan aku..teramat menyayangi arwah, arwah menghempuskan nafas terakhir diSISI nya. Uwan lah yang tunggu arwah di hospital,walaupon uwan bukanlah kuat sangat,sbb diri dia pon dia tak larat nak handle, tp KASIH SEORG IBU TERHADAP ANAKNYE..dia tak pernah merungut...di saat-saat akhir arwah, dia tenang menghadapi penyakitnya..walaupon dia tau dia akan pergi meninggalkan ibu yg disayangi...tp aku berasa sedih dan hampa sbb hari last dia di hospital aku xsempat nk tengok muka dia untuk kali terakhir, padahal masa tu aku tak keja, tapi aku berpuas hati sbb dapat meneman dia dia hospital bersama uwan dan juga kak ina.tak lupa juga kesabaran adik arwah iaitu poksu aku, berulang alik lebih kurang sebulan jugak la..dr hospital selayang ke bukit beruntung..sbb itu jela abang yang dia ada..sampai sekarang aku dan keluarga arwah tak dapat menerima kenyataan yang arwah dah pulang ketempat asalnye. Hanya doa je yg dapat kami iringi beliau. Apa yang terjadi nih memberikan kami impak yg besar, Raya tahun nih kami kekurangan sesuatu iaitu ARWAH MAMAK.Kami hanya mampu menziarahi kubur arwah. aku masih ingat lagi, sehari sebelum dia pergi, arwah pesan kat mak dia, Jangan menangis tak baik. Arwah seolah2 tau yg dia akan pergi, uwan aku tak sampai hati melihat arwah menahan kesakitan. Hari2 uwan berdoa supaya arwah sembuh, tapi kami semua tahu yang arwah akan pergi meningglkan kami dlm masa terdekat tuh, apa pon kami hadapi dengan tenang, tanpa jemu melawat arwah di hospital. menemani arwah disaat2 akhir dia di dunia.


Ni lah arwah masa sihat... seorg yang gagah perkasa, tapi selepas dia dapat kanser, arwah menjadi kurus sesangat,


Ni gmbar 2bln lepas dia keluar dari hospital, Kami mandi sungai bernam sambil menyambut BESDAY ARWAH dan uwan kami...Kami sempat sambut besday arwah untuk yg terkhir kalinye yg ke40 tahun. Saat ni dia steady je,mcm sihat sangat tp hakikatnye hanya arwah yg mengetahui betapa sukarnye untuk melalui semua ini. 





Gambar diatas masa dia belum kritikal lagi, masih bole bercakap, bergurau, gelak tawa, tp semua itu hanya sementara. kami sentiasa memberi dia semangat untuk hadapi semua tu. Walaupon sebenarnya Kami tak sanggup untuk melihat keadaan arwah. Kami terpaksa sembunyikan perasaan kami supaya arwah tak berasa sedih..


Ini plak POKSU udin, Adik arwah, Dia lah yang menjaga arwah sepanjang arwah dihospital, poksu tak penah merungut, sebab poksu tahu yg arwah tak bole bertahan lama lagi. 


Ni lah Kek HARIJADI ARWAH yang kami sempat raikan, saat ini terpancar senyuman di bibir arwah bila kami suruh dia potong kek..tp disaat itu hanya tuhan je yang tau perasaan kami sekeluarga. Masa ni mmg menitislah air mata aku bila tengok arwah potong kek nih..sbb kami tak pernah sambut besday arwah sebelum ini....rupanya ini lah sambutan harijadi arwah untuk kali terakhir..

Oklah makin panjang aku tulis, makin berderai la airmata aku ni bercucuran, airmata ni tak mampu untuk kembalikan arwah kepada kami sekeluarga, kami berharap arwah akan dia tempat kan dikalangan orang2 yang beriman..AL-FATIHAH untuk ARMARHUM SABARUDIN BIN MAZNAH. 

ApA YaNg TErJaDi AdALaH kEtEntUaN yAng maHa EsA, yG pErgI tEtAp pERgi, Yang MaSiH hiDUP tEtAP pERLu MeNErUskAN hIdUP.
Kami Amat merindui arwah, ketahuilah kami amat menyanyi arwah sampai akhir nanti..


Sekian... 






2 comments:

  1. semoga arwah pakcik ko di rahmati Allah...amin...Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. hopefully...kenangan bersama dia xpenah kami lupakan...

    ReplyDelete